MADU
Ia adalah sejenis cairan yang keluar dari perut lebah.
Menurut Nabi Muhammad S.A.W, setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.
Sabda Baginda: "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)
Firman Allah:
"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
(Surah An-Nahl: 69).
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang mengganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai raja segala ubat.

AL-HABBATUS SAUDA
Ia adalah
sejenis rumput yang berwarna hitam dan bermusim tahunan dan ia termasuk
dalam jenis Nigelle Lan Ramunculus dan tumbuh di Mesir dan di
negara-negara Laut Tengah dan India.
Terdapat 14 Hadis Sahih tentang kehebatan dan kelebihan habbatus sauda', di antaranya:
Dari
Abu Salamah ra dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Gunakan habbatus sauda' kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala
macam penyakit kecuali As-Sam (maut)".
"Sesungguhnya,
Habbatus Sauda' dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali
As-sam." Saya bertanya: "Apakah as-sam itu? "Baginda menjawab: As-sam
(maut) !"
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasullah S.A.W. bersabda : "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda' kerana sesungguhnya ia mengandung ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati."
Daripada
Abu Hurairah r.a katanya, Rasullah S.A.W telah bersabda: "Pada
al-Habbah al-Sauda' terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali
as-sam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Bukhari dan
Ibnu Majah. Dan hadis ini tercantum dalam himpunan hadis-hadis sahih
nombor 857.
KAJIAN-KAJIAN PERUBATAN MODEN
Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada habbatus sauda' / black seed boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Dr.
Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatus
sauda' / black seed mengandungi betasitosterol. Ia adalah bahan untuk
anti kanser yang berkesan.
The
Journal of American Scientist melaporkan, habbatus sauda' / black seed
bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine
(pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic
(pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect
(pengembang) saluran pernafasan.
Ibnu
Qayyim al-Jawziyah menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal “Zad
Al-Mi'ad Fi Huda Khairi Al-Ibad”. Jika habbatus sauda' / black seed
dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air
panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah
pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Memperlancarkan keluarnya
kencing, darah haid, dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka
dianjurkan supaya menyapu minyak Habbah Sauda ke atas anggota badan,
insyaallah akan sembuh dari lumpuh.
Ibnu
Sina dalam kitab besarnya: “Al-Qanun fi al-Tibb” menyatakan: Habbah
Sauda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah
dalam hal ini ia juga bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu
karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing,
caranya ialah Habbah Sauda dicampur dengan madu dan air panas lalu
diminum untuk beberapa hari”.
Ibnu
Sina turut berkata di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan
Habbatus sauda boleh merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan
dan semangat.
Kamus
kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatus sauda' / black seed
bertindak untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah
seks, dan melancarkan darah haid.
Ibnu
Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus
sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits,
masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit
senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran
air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara
bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan
unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone,
limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Di bawah ini disertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:
Nilai pemakanan
Habbatus
sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa dsb. polysaccharide -
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA).
EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya
ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu
sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.
Sistem imunisasi
Kajian
yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya
meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
Anti-histamine
Histamine
ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang
menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi
bahan yang menghalang Protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus
penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya
mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara
berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
Anti-tumor
Kajian
in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan
sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu
menghalang penyakit kanser.
Anti-bakteria
Penyelidikan
ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria.
Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli,
V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk
mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan
masalah-masalah perut yang lain.
Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus
sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik
untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema
(alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis
(bengkak sendi).
Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi
lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan
pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.