Wednesday, November 20, 2013

Pemakanan Sunnah NabiMuhammad S.A.W


MADU

Ia adalah sejenis cairan yang keluar dari perut lebah.

Menurut Nabi Muhammad S.A.W, setiap penyakit itu pasti ada ubatnya.

Sabda Baginda: "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"

( Hadis riwayat Abu Daud)

Firman Allah:

"Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

(Surah An-Nahl: 69).

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

"Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:

Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang mengganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.

Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai raja segala ubat.

AL-HABBATUS SAUDA


Ia adalah sejenis rumput yang berwarna hitam dan bermusim tahunan dan ia termasuk dalam jenis Nigelle Lan Ramunculus dan tumbuh di Mesir dan di negara-negara Laut Tengah dan India.

Terdapat 14 Hadis Sahih tentang kehebatan dan kelebihan habbatus sauda', di antaranya:

Dari Abu Salamah ra dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Gunakan habbatus sauda' kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam penyakit kecuali As-Sam (maut)".

"Sesungguhnya, Habbatus Sauda' dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam." Saya bertanya: "Apakah as-sam itu? "Baginda menjawab: As-sam (maut) !"
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasullah S.A.W. bersabda : "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda'  kerana sesungguhnya ia mengandung ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati."

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasullah S.A.W telah bersabda: "Pada al-Habbah al-Sauda' terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam." Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Bukhari dan Ibnu Majah. Dan hadis ini tercantum dalam himpunan hadis-hadis sahih nombor 857.

KAJIAN-KAJIAN PERUBATAN MODEN

Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada habbatus sauda' / black seed boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatus sauda' / black seed mengandungi betasitosterol. Ia adalah bahan untuk anti kanser yang berkesan.

The Journal of American Scientist melaporkan, habbatus sauda' / black seed bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Ibnu Qayyim al-Jawziyah menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal “Zad Al-Mi'ad Fi Huda Khairi Al-Ibad”. Jika habbatus sauda' / black seed dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Memperlancarkan keluarnya kencing, darah haid, dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbah Sauda ke atas anggota badan, insyaallah akan sembuh dari lumpuh.

Ibnu Sina dalam kitab besarnya: “Al-Qanun fi al-Tibb” menyatakan: Habbah Sauda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini ia juga bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing, caranya ialah Habbah Sauda dicampur dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari”.

Ibnu Sina turut berkata di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda boleh merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatus sauda' / black seed bertindak untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Di bawah ini disertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda:

Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa dsb. polysaccharide - fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.

Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang Protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Wednesday, December 26, 2012

Hidup penuh debu.....

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh...

Sejak dua menjak ni, kehuidupan aku penuh dengan debu - debu yang berterbangan. Dari mana datangnya debu - debu nih...mana lagi kalau bukan dari constuction depan rumah aku nih. kalau sebelum ni rajin jugak diorang sembur air untuk hilangkan debu - debu nih tapi lately ni dah sekali dua jer sehari.

Apa lagi, berterbangan la debu - debu nih ke rumah aku..
Tak pasal - pasal aku jadi malas nak basuh kereta ( walaupun sememangnya dah malas :))
Apa pendapat korang... perlu ke aku buat laporan?


Gambar diatas tu aku jumpa kat internet jer..takder kena mengena dengan rumah aku ok. Nanti aku letakkan gambar sebenar kat rumah aku.

Bonus berganda ganda

Peluang mendapatkan pelaburan yang paling menguntungkan....

Pelaburan yang dimaksudkan adalah dengan mewakafkan sebahagian harta ke Jalan Allah.




Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca semua, Masjid berhampiran sedang mencari penderma yang sudi mendermakan dua buah Aircond dengan kekuatan 3HP (Horse Power) bagi kegunaan muslimat.

Wednesday, June 17, 2009

Peluang belajar untuk lepasan SPM

Pernah dengar pasal Kolej kemahiran Tinggi Mara (KKTM)?

Ok. Sebenarnya institusi pendidikan ni dimiliki oleh MARA, di bawah satu bumbung dengan IKM (institut Kemahiran MARA) cuma di IKM , kebanyakan kursus sehingga peringkat sijil shj, manakala di KKTM ianya bertaraf Diploma.

Untuk pengetahuan, masih terdapat kekosongan pelajar di kolej tempat aku bekerja ni, dalam bidang Mekanikal [(Mould (acuan) dan juga Tool n Die ( Bukan kursus membunuh orang tau tp kursus membuat alatan dan Acuan)]

Kelayakan

Bumiputera
Umur diantara 18 - 40 tahun
SPM dengan kepujian Bahasa Melayu dan Matematik
serta satu lagi kepujian dalam sains atau bidang teknikal dan wajib lulus bahasa inggeris.


Kelebihan
Percuma dan anda layak mendapat elaun sebanyak RM 265 sebulan.
(Dah la percuma, dapat duit lagi, saper nak bagi tuh)
Peluang untuk menyambung pelajara ke peringkat lebih tinggi (Degree)
(Bukan sahaja dalam negara malah di luar negara di bawah tajaan MARA,
bukan senang beb nak dapat peluang camni.)
Asrama disediakan secara percuma.
Kelas hanya sekitar jam 8 - 5@6. (sama macam waktu kerja)
Penekanan dalam bidang teknikal ( kurang teori yang memeningkan)
Peralatan yang berharga 150 juta ringgit. ( Tercanggih dan terkini)

Kekurangan.
Kolej ini masih kurang dikenali...takper tak lama lagi famous laa
Yang lain tarak...semua yang bagus - bagus jer

Jika berminat.
Boleh datang sendiri ke :

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau
Genting, 11000 Balik Pulau.
Pulau Pinang

atau boleh menghubungi:

04-8663670/8665805

ataupun fax kan result spm beserta salinan ic ke no:
04-8665741

p/s: jangan lupa sertakan no telefon anda supaya mudah di hubungi.